Mek Mulung Cahaya Bulan !


Kumpulan Seni Persembahan PETRONAS (KSPP) atau PETRONAS Performing Arts Group (PPAG) dengan bangganya akan mempersembahkan Teater Tradisional - Mek Mulung Cahaya Bulan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada hari Jumaat 16 Dis 2011, Sabtu 17 Dis 2011 dan Ahad 18 Dis 2011 jam 8.30 malam.
sinopsis
Mek Mulung Cahaya Bulan mengisahkan Cahaya Bulan Raja Negeri Selindungan Bulan yang mendapat firasat bahawa permaisuri baginda Puteri Nang Mara yang rupawan dan mempunyai kesaktian akan dilarikan oleh Raja Gergasi yang memerintah Benua Pakkian.
Raja Gergasi berharap sekiranya beliau dapat menguasai dan menakluki Puteri Nang Mara, ini  bermakna beliau berjaya meluaskan kuasa pemerintahannya tanpa ada saingan kerana selama ini Puteri Nang Mara merupakanpenghalang utama kejayaannya.
Raja Cahaya Bulan menitahkan agar seluruh rakyat berjaga selama 7 hari 7 malam bagi menggagalkan niat jahat Raja Gergasi. Raja Gergasi bersama pengasuhnya Amat dan Sena berjaya memasuki pintu kota Selindungan Bulan apabila semua rakyat tertidur hasil permainan sakti Raja Gergasi. Mimpi Puteri Nang Mara menjadi kenyataan apabila Cahaya Bulan dibunuh dengan panah. Sena dan Amat ditugaskan memujuk dan membawa Puteri Nang Mara ke Benua Pakkian.
Raja Cahaya Bulan yang dihanyutkan ke sungai dijumpai oleh Epong dan Edeng. Mereka merawat Raja Cahaya Bulan dengan air mawar sehingga berjaya memulihkan kembali kecederaan baginda.
Di Benua Pakkian, Puteri Nang Mara diseksa kerana enggan berkahwin dengan Raja Gergasi. Cahaya Bulan Berjaya menyelamatkan Puteri Nang Mara.
Pementasan Teater Tradisional Cahaya Bulan oleh yang akan berlangsung selama tiga hari ini akan turut dijayakan oleh pemenang Raja Lawak musim ke-2 iaitu Nabil sebagai Peran. Watak Raja Cahaya Bulan pula akan dilakonkan oleh Razali Husin. 



Bersama watak utama Puteri Nang Mara
Bersama Nabil Raja Lawak 2

No comments: